Wednesday, June 10, 2015

Re union smsa 2015

Tahniah kepada AJK Yang bertungkus lumus menjaya pertemuan pertama secara rasmi selepas 35 tahun.

Pertemuan bersejarah itu berlangsung pada 9 Jun 2015 jam 8 malam. di Dewan Anggerik Hotel Seri Malaysia kangar.

Perbagai kenangan lama di ungkap semula. Banyak perubahan berlaku. Ada antara kawan kawan yang telah meninggal dunia.

Turut teruja kawan kawan yang jauh sanggup balik demi nak jumpa kawan kawan yang lama tak jumpa. Kadang berceloteh di facebook dan whatsapp saja. Kini terubat rindu

Pengerusi program En Azahari Abdullah berkata pertemuan ini akan mengeratkan lagi ukhwah sesama kita. Zamri dahaman sebagai pengerusi majlis menceriakan majlis. 

Semua yang mai semua ceria ceria belaka. Ada kata 50 an tak comel tapi saya lihat comel comel semua. 

Tahniah dan terima kasih

Gambar pertemuan

Monday, March 16, 2015

Pertemuan tak dirancang mac 2015 sahabat syed alwi

Terima kasih pada sahabat lama shaari hassan yang mai ziarah kami di perlis

Pertemuan sahabat lama seperti azahari abdullah, zaitun, saliza ibrahim, teh, saadiah, dan lain mengerat ukhwah islsmiah selepas 34 tahun

Usaha shaari untuk adakan reunion smsa 81 amat kita hargai. kita harap akan ada cadangan positif untuk pertemuan bersejarah itu selepas 34 tahun

Di bawah adalah gambar rakan rakan

Tuesday, December 23, 2014

ROSNI ANAK IMAM MASJID SIMPANG 4 PERLIS

Sedikit cerita kawan kawan Rosni mengenai bapa Rosni yang juga imam masjid simpang 4

Khairudin:  Rosni sekelas dgn saya Dari drj 1 smpi ting 5. Bapa dia imam masjid spg 4 sampai skrg.

Dah nak nasuk 90  tahun tapi masih sihat walafiat...: Masih baca surah pnjg panjang. Bapa dia masih ingat saya, xperlu perkenslkan diri.

Bapa kami berkawan Dari masa remaja depa..  Dia panggil bapa saya pak long
Saya pun masa dia mengajar saya drjh 5 pun panggil saya pak lon

Masa saya kenal masjid spg 4 klu xsilap tahun 73 bapa dia dah imam situ...subhanallah... Ingatan bapa dia Sgt kuat Dan tajam...

2 tahun lepas saya jumpa dia dimasjid..

Siti Fatimah Dahaban berkata Orang yg selalu baca quran susah nk jadi nyanyuk..

Khairudin: Saya tanya dia kenai tak saya... Dia kata awat xkenai...
Dia tnya saya away adik hang xmau kawin...

Masyaallah adik saya pun dia kenai....

: Betui Siti...

Monday, December 22, 2014

Cara bersih hati

Hati adalah ibarat raja bagi tubuh badan manusia. Ianya adalah organ hebat yang mempengaruhi pemikiran dan emosi kita . Jika hati seseorang itu diisi dengan sifat yang baik maka hebatlah seluruh anggota badannya dan baiklah akhlaknya Namun jika hati kita telah dikotori dengan sifat keji maka rosaklah peribadi dan akhlak kita.

Sabda Rasullulah s.a.w: 'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging.Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapiseandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.'

Kita selalu berkata atau dengar orang berkata, hati manusia tiada siapa yang tahu. Sebenarnya kita salahkan. Isi hati manusia akan tergambar dari perbuatan dan sikap kita.Segala sikap dan perbuatan kita adalah translasi dari apa yang ada dalam hati kita.

7 Cara Mencuci Hati

1. Hati dicuci dengan rasa penyesalan.Menyesal daripada pelbagai kesalahan dan kerana meninggalkan kebaikan.
2. Hati harus dicuci dengan taubat nasuha.Bersungguh-sungguh dan bertekad tidak akan mengulanginya. Jika perlu taubat itu disertai dengan puasa tiga hari sebagai bukti kesungguhan, selain membiasakan solat malam. 
3. Hati harus dicuci dengan meninggalkan cinta dunia. Cinta dunia mengakibatkan perbuatan yang salah seperti menipu, curang, rasuah dan sebagainya.
4. Hati dicuci dengan menjauhkan diri daripada sukakan kekuasaan. Sesungguhnya kekuasaan sering menyibukkan manusia dan memalingkannya daripada Allah Yang Maha Kuasa.
5. Hati harus dicuci dengan meninggalkan perasaan suka dipuji. Pujian seringkali menenggelamkan manusia dalam sifat keAkuan yang mengakibatkan kesombongan yang luar biasa. 
6. Hati dicuci daripada dendam. Meninggalkan dan melupakan dendam kesumat secara automatik akan memberikan kepada seseorang itu ketabahan dan kesabaran menghadapi cubaan dan rasa sakit daripada orang lain. 
7. Hati dicuci dengan meninggalkan hasad dengki yang sudah pastinya sangat berbahaya. Bahaya hasad adalah seperti bahayanya api yang dengan cepat membakar kayu.

Jom sama-sama kita Jaga Diri, Jaga Hati & Jaga Amal. Semoga Allah merahmati kita 

www.halalmalls.my

www.cpintrass.com

Thursday, December 18, 2014

Banyakkan Istifar

ISTIGHFAR

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ

أَسْتَغْفِرُ اللّهَ الْعَظِيْمَ

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ

اَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ تَوَابَا

AL QURAN ini memberitahu kamu tentang PENYAKIT kamu dan PENAWARNYA.Adapun PENYAKIT kamu itu DOSA-DOSA manakala PENAWARNYA ialah ISTIGHFAR.-Qatadah.

PERBANYAKKANLAH ISTIGHFAR ketika di rumah,semasa makan,berjalan,di pasar dan ketika duduk-duduk.Sesungguhnya kamu tidak tahu BILAKAH turunnya keampunan.-Hasan al-Basri.

Wahai anakku,biasakan LIDAHMU dengan "Ya Allah Ampuni Daku".Sesungguhnya Allah ada waktu-waktunya yang Dia tidak menolak permohonan.-Luqman al-Hakim.

BERUNTUNGLAH orang yang mendapati dalam catatan amalannya ISTIGHFAR yang banyak.-Ummulmukminin Aisyah.

ISTIGHFAR tanpa meninggalkan dosa ialah TAUBAT PERDUSTA.-Fudhail.

"Kalau sebelah kakiku sudah berada di dalam syurga sekalipun,aku tetap belum berasa aman daripada kemurkaan Allah."-Abu Bakar al Siddiq.

Kelak di syurga kalau kamu lihat seseorang menangis,adakah kamu akan berasa aneh?Bahkan!Tapi yang LEBIH ANEH daripadanya ialah orang yang ketawa di dunia sedangkan dia tidak tahu ke mana pengakhirannya!-Muhammad Bin Wasi'.

TAWADUK itu janganlah kamu bertemu seseorang melainkan kamu melihatnya lebih baik daripada kamu.-Yusuf Bin Asbat.

PENGHAPUS DOSA GHIBAH/PENGUMPAT ialah kamu memohon Istighfar buat orang yang kamu UMPATI.-Hasan al Basri.

ISTIGHFAR termasuk DOA.Semua benda pergi tidak kembali kecuali Doa.Doa pergi bersama HARAPAN,kembali pula dengan PEMBERIAN.

Antara TANDA orang RIYAK dengan ilmu ialah ilmunya seperti bukit walhal amalannya sebesar biji benih.-Fudhail Bin Iyad.

Yang MENGHALANG seseorang daripada BERTAUBAT ialah panjang angan-angan.-Yahya Bin Muaz.

"Allah tidak akan mengazab mereka sedangkan mereka memohon ampun.(8:33) Maka Allah tidak mengerakkan seseorang untuk beristighfar sedangkan Dia ingin mengazabnya.-Ibrahim Bin Adham.

Antara TANDA Allah tidak endahkan seseorang hamba,Dia akan membuatkan hamba itu SIBUK dalam perkara yang tidak memberi manfaat padanya.-Hassan.

Semburkan WANGIAN pada dirimu dengan MEMOHON KEAMPUNAN agar dirimu TIDAK TERDEDAH dengan BUSUK DOSA-DOSA

MUSTAFFA HASSAN ANAK POLIS

Berikut sedikit sejarah Mustaffa Hassan bekas pelajar sek men (K) syed alwi kayang Perlis

Saya Mustafa b Hassan
Lahir di barek polis kuala perlis

1971-72...sk putra
73-76.....sjk king edward taiping
77-79.....sm syed alwi
80-81....sm mahsuri langkawi
83-85....maktab perguruan persekutuan p.pinang
86-95...sk pengkalan rinting
96-99...upsi tg malim
99-.....maktab sultan abu bakar jb
00-01...smk bukit baru melaka
02-10...smk seri mahkota melaka
11-kini....smk pernu melaka
Master?....tak perlu...dah penat...

GAMBAR







CACATAN ADMIN
Kawan kawan lain jika nak masuk sejarah kehidupan dulu dan kini
sila email saya Fauzi

aurarezeki@gmail.com

Wednesday, December 17, 2014

Gambar nostalgia rakan sekolah syed alwi 77 hingga 81

Mungkin gambar ini boleh mengimbau nostalgia anda sebelum ini semasa di SMSA kayang. INI adalah antara gambar kenangan pelajar 1977 hingga 1981 Sek Men Syed Alwi, Kayang Perlis