ISTIGHFAR
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ
أَسْتَغْفِرُ اللّهَ الْعَظِيْمَ
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ
اَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ تَوَابَا
AL QURAN ini memberitahu kamu tentang PENYAKIT kamu dan PENAWARNYA.Adapun PENYAKIT kamu itu DOSA-DOSA manakala PENAWARNYA ialah ISTIGHFAR.-Qatadah.
PERBANYAKKANLAH ISTIGHFAR ketika di rumah,semasa makan,berjalan,di pasar dan ketika duduk-duduk.Sesungguhnya kamu tidak tahu BILAKAH turunnya keampunan.-Hasan al-Basri.
Wahai anakku,biasakan LIDAHMU dengan "Ya Allah Ampuni Daku".Sesungguhnya Allah ada waktu-waktunya yang Dia tidak menolak permohonan.-Luqman al-Hakim.
BERUNTUNGLAH orang yang mendapati dalam catatan amalannya ISTIGHFAR yang banyak.-Ummulmukminin Aisyah.
ISTIGHFAR tanpa meninggalkan dosa ialah TAUBAT PERDUSTA.-Fudhail.
"Kalau sebelah kakiku sudah berada di dalam syurga sekalipun,aku tetap belum berasa aman daripada kemurkaan Allah."-Abu Bakar al Siddiq.
Kelak di syurga kalau kamu lihat seseorang menangis,adakah kamu akan berasa aneh?Bahkan!Tapi yang LEBIH ANEH daripadanya ialah orang yang ketawa di dunia sedangkan dia tidak tahu ke mana pengakhirannya!-Muhammad Bin Wasi'.
TAWADUK itu janganlah kamu bertemu seseorang melainkan kamu melihatnya lebih baik daripada kamu.-Yusuf Bin Asbat.
PENGHAPUS DOSA GHIBAH/PENGUMPAT ialah kamu memohon Istighfar buat orang yang kamu UMPATI.-Hasan al Basri.
ISTIGHFAR termasuk DOA.Semua benda pergi tidak kembali kecuali Doa.Doa pergi bersama HARAPAN,kembali pula dengan PEMBERIAN.
Antara TANDA orang RIYAK dengan ilmu ialah ilmunya seperti bukit walhal amalannya sebesar biji benih.-Fudhail Bin Iyad.
Yang MENGHALANG seseorang daripada BERTAUBAT ialah panjang angan-angan.-Yahya Bin Muaz.
"Allah tidak akan mengazab mereka sedangkan mereka memohon ampun.(8:33) Maka Allah tidak mengerakkan seseorang untuk beristighfar sedangkan Dia ingin mengazabnya.-Ibrahim Bin Adham.
Antara TANDA Allah tidak endahkan seseorang hamba,Dia akan membuatkan hamba itu SIBUK dalam perkara yang tidak memberi manfaat padanya.-Hassan.
Semburkan WANGIAN pada dirimu dengan MEMOHON KEAMPUNAN agar dirimu TIDAK TERDEDAH dengan BUSUK DOSA-DOSA
No comments:
Post a Comment