Tuesday, December 23, 2014

ROSNI ANAK IMAM MASJID SIMPANG 4 PERLIS

Sedikit cerita kawan kawan Rosni mengenai bapa Rosni yang juga imam masjid simpang 4

Khairudin:  Rosni sekelas dgn saya Dari drj 1 smpi ting 5. Bapa dia imam masjid spg 4 sampai skrg.

Dah nak nasuk 90  tahun tapi masih sihat walafiat...: Masih baca surah pnjg panjang. Bapa dia masih ingat saya, xperlu perkenslkan diri.

Bapa kami berkawan Dari masa remaja depa..  Dia panggil bapa saya pak long
Saya pun masa dia mengajar saya drjh 5 pun panggil saya pak lon

Masa saya kenal masjid spg 4 klu xsilap tahun 73 bapa dia dah imam situ...subhanallah... Ingatan bapa dia Sgt kuat Dan tajam...

2 tahun lepas saya jumpa dia dimasjid..

Siti Fatimah Dahaban berkata Orang yg selalu baca quran susah nk jadi nyanyuk..

Khairudin: Saya tanya dia kenai tak saya... Dia kata awat xkenai...
Dia tnya saya away adik hang xmau kawin...

Masyaallah adik saya pun dia kenai....

: Betui Siti...

Monday, December 22, 2014

Cara bersih hati

Hati adalah ibarat raja bagi tubuh badan manusia. Ianya adalah organ hebat yang mempengaruhi pemikiran dan emosi kita . Jika hati seseorang itu diisi dengan sifat yang baik maka hebatlah seluruh anggota badannya dan baiklah akhlaknya Namun jika hati kita telah dikotori dengan sifat keji maka rosaklah peribadi dan akhlak kita.

Sabda Rasullulah s.a.w: 'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging.Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapiseandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.'

Kita selalu berkata atau dengar orang berkata, hati manusia tiada siapa yang tahu. Sebenarnya kita salahkan. Isi hati manusia akan tergambar dari perbuatan dan sikap kita.Segala sikap dan perbuatan kita adalah translasi dari apa yang ada dalam hati kita.

7 Cara Mencuci Hati

1. Hati dicuci dengan rasa penyesalan.Menyesal daripada pelbagai kesalahan dan kerana meninggalkan kebaikan.
2. Hati harus dicuci dengan taubat nasuha.Bersungguh-sungguh dan bertekad tidak akan mengulanginya. Jika perlu taubat itu disertai dengan puasa tiga hari sebagai bukti kesungguhan, selain membiasakan solat malam. 
3. Hati harus dicuci dengan meninggalkan cinta dunia. Cinta dunia mengakibatkan perbuatan yang salah seperti menipu, curang, rasuah dan sebagainya.
4. Hati dicuci dengan menjauhkan diri daripada sukakan kekuasaan. Sesungguhnya kekuasaan sering menyibukkan manusia dan memalingkannya daripada Allah Yang Maha Kuasa.
5. Hati harus dicuci dengan meninggalkan perasaan suka dipuji. Pujian seringkali menenggelamkan manusia dalam sifat keAkuan yang mengakibatkan kesombongan yang luar biasa. 
6. Hati dicuci daripada dendam. Meninggalkan dan melupakan dendam kesumat secara automatik akan memberikan kepada seseorang itu ketabahan dan kesabaran menghadapi cubaan dan rasa sakit daripada orang lain. 
7. Hati dicuci dengan meninggalkan hasad dengki yang sudah pastinya sangat berbahaya. Bahaya hasad adalah seperti bahayanya api yang dengan cepat membakar kayu.

Jom sama-sama kita Jaga Diri, Jaga Hati & Jaga Amal. Semoga Allah merahmati kita 

www.halalmalls.my

www.cpintrass.com

Thursday, December 18, 2014

Banyakkan Istifar

ISTIGHFAR

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ

أَسْتَغْفِرُ اللّهَ الْعَظِيْمَ

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ

اَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ تَوَابَا

AL QURAN ini memberitahu kamu tentang PENYAKIT kamu dan PENAWARNYA.Adapun PENYAKIT kamu itu DOSA-DOSA manakala PENAWARNYA ialah ISTIGHFAR.-Qatadah.

PERBANYAKKANLAH ISTIGHFAR ketika di rumah,semasa makan,berjalan,di pasar dan ketika duduk-duduk.Sesungguhnya kamu tidak tahu BILAKAH turunnya keampunan.-Hasan al-Basri.

Wahai anakku,biasakan LIDAHMU dengan "Ya Allah Ampuni Daku".Sesungguhnya Allah ada waktu-waktunya yang Dia tidak menolak permohonan.-Luqman al-Hakim.

BERUNTUNGLAH orang yang mendapati dalam catatan amalannya ISTIGHFAR yang banyak.-Ummulmukminin Aisyah.

ISTIGHFAR tanpa meninggalkan dosa ialah TAUBAT PERDUSTA.-Fudhail.

"Kalau sebelah kakiku sudah berada di dalam syurga sekalipun,aku tetap belum berasa aman daripada kemurkaan Allah."-Abu Bakar al Siddiq.

Kelak di syurga kalau kamu lihat seseorang menangis,adakah kamu akan berasa aneh?Bahkan!Tapi yang LEBIH ANEH daripadanya ialah orang yang ketawa di dunia sedangkan dia tidak tahu ke mana pengakhirannya!-Muhammad Bin Wasi'.

TAWADUK itu janganlah kamu bertemu seseorang melainkan kamu melihatnya lebih baik daripada kamu.-Yusuf Bin Asbat.

PENGHAPUS DOSA GHIBAH/PENGUMPAT ialah kamu memohon Istighfar buat orang yang kamu UMPATI.-Hasan al Basri.

ISTIGHFAR termasuk DOA.Semua benda pergi tidak kembali kecuali Doa.Doa pergi bersama HARAPAN,kembali pula dengan PEMBERIAN.

Antara TANDA orang RIYAK dengan ilmu ialah ilmunya seperti bukit walhal amalannya sebesar biji benih.-Fudhail Bin Iyad.

Yang MENGHALANG seseorang daripada BERTAUBAT ialah panjang angan-angan.-Yahya Bin Muaz.

"Allah tidak akan mengazab mereka sedangkan mereka memohon ampun.(8:33) Maka Allah tidak mengerakkan seseorang untuk beristighfar sedangkan Dia ingin mengazabnya.-Ibrahim Bin Adham.

Antara TANDA Allah tidak endahkan seseorang hamba,Dia akan membuatkan hamba itu SIBUK dalam perkara yang tidak memberi manfaat padanya.-Hassan.

Semburkan WANGIAN pada dirimu dengan MEMOHON KEAMPUNAN agar dirimu TIDAK TERDEDAH dengan BUSUK DOSA-DOSA

MUSTAFFA HASSAN ANAK POLIS

Berikut sedikit sejarah Mustaffa Hassan bekas pelajar sek men (K) syed alwi kayang Perlis

Saya Mustafa b Hassan
Lahir di barek polis kuala perlis

1971-72...sk putra
73-76.....sjk king edward taiping
77-79.....sm syed alwi
80-81....sm mahsuri langkawi
83-85....maktab perguruan persekutuan p.pinang
86-95...sk pengkalan rinting
96-99...upsi tg malim
99-.....maktab sultan abu bakar jb
00-01...smk bukit baru melaka
02-10...smk seri mahkota melaka
11-kini....smk pernu melaka
Master?....tak perlu...dah penat...

GAMBAR







CACATAN ADMIN
Kawan kawan lain jika nak masuk sejarah kehidupan dulu dan kini
sila email saya Fauzi

aurarezeki@gmail.com

Wednesday, December 17, 2014

Gambar nostalgia rakan sekolah syed alwi 77 hingga 81

Mungkin gambar ini boleh mengimbau nostalgia anda sebelum ini semasa di SMSA kayang. INI adalah antara gambar kenangan pelajar 1977 hingga 1981 Sek Men Syed Alwi, Kayang Perlis


Noriza Wahab 2014

Ini Noriza Wahab terkini. Kalau salah mohon di betulkan. Cikgu yang berdidikasi. Tahniah

AJK REUNION SEK MEN SYED ALWI 1981

LUTPI L AHMAD

SHIRONI
ALIAS ISHAK
Alhamdulilah perlantikan secara online dan sepakat setuju untuk melantik
ALIAS ISHAK SEBAGAI PENGERUSI
LUTPI SEBAGAI SETIAUSAHA
SHIRONI SEBAGAI BENDAHARI

AJK tambahan terpulang pada mereka bertiga. Tetapi ramai nak jadi sukarelawan membantu majlis reunion ini.
Tugas AJK REUNION INI
Menentukan tarikh. Tempat dan perbelanjaan majlis. Harap mereka dapat bertemu untuk merancang apa yang perlu dibuat bagi menjayakan majlis yang bersejarah ini selepas 33 tahun tak bertemu

Sedikit sejarah fauzi

1981 spm pangkat 2
Selepas spm sy ke tingkatan 6
Ambil stpm kat mckk tahun tu soalan bocor 1983

Lepas tu buat matrikulasi 2 di usm
Lepas tu buat ijazah dlm bidang building and planning 1989

Lepas tu sambung buat msc town planning 1991

Balik kerja perbagai
Site supervisor
Project manager
Dan kini pencen Ilat

Sekarang full time internet marketing

www.halalmalls.my

Rakan rakan boleh kongsi apa buat selepas syed alwi. Cerita la baru best.

Mustaffa hassan dan hamidun kini

Siapa LELAKI❓👨👴

LELAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling indah. Dia mula untuk bertolak ansur dari umur yang sangat muda. 👲

Dia korbankan coklat 🍫nya.. untuk adik beradik 👭nya.

Dia korbankan impian.. hanya untuk melihat orang tua 👵👴nya tersenyum.

Dia membelanjakan kesemua duit 💸untuk beli hadiah 💝 untuk 🙋 .. yang dia cinta 💑.. hanya untuk melihat dia tersenyum ☺

Dia korbankan kehidupan masa muda nya hanya untuk isteri 👩dan anak2👭👬.. dengan bekerja lewat malam🕚 😴 tanpa sebarang keluhan.

Dia bina .. masa depan mereka sekelurga 👪dengan membuat pinjaman 💰daripada bank 🏦 dan membuat bayaran balik sepanjang hayatnya.😰😰😰

Dia telah pun bersusah payah tapi masih dimarahi ibu 👵, isteri 👩 dan boss 👨.

Kehidupan dia berakhir hanya untuk bertolak ansur demi kebahagiaan 💓 orang lain

Kalau dia keluar rumah 🏡, org kata dia lalai 😎

Kalau dia duduk dirumah, org kata dia malas 🙇

Kalau dia marah 😠 anak2 👫, org kata dia raksaksa👺

Kalau dia tak marah, org kata dia lelaki yang tak bertanggungjawab 😳

Kalau dia tak benarkan isteri 👩 bekerja, org kata dia seorang yang mengongkong 😒

Kalau dia benarkan isteri 👩 bekerja, org kata dia makan hasil isteri.

Kalau dia dengar cakap emak 👵, org kata dia anak 👦 emak 👵

Kalau dia dengar cakap isteri 👩, org kata dia kena Queen Control 👸

Hargailah setiap lelaki dalam hidup anda. Anda tidak akan pernah tahu apa perngorbanan yang sudah dilakukan buat anda.

Berbaloi dihantar ke semua lelaki👉⚡👮👶👳👷👴👨supaya mereka tersenyum ☺ & kepada semua wanita 👵👩👸 supaya mereka sedar yang lelaki itu amat berharga.. 👍👍👍

👏👏👏👏👏👏👏
Tepukan  untuk semua lelaki dalam group ini😃😃😃😃

Sedikit sejarah Shaari

SubhanALLAH !  terima kasih kerana berminat dgn penglibatan saya sedikit prjlnan hidup yg saya lalui  :
1992 -  Bekerja dgn PNB bhg admin & Latihan
1994 -  Transfer ke ASNB caw Kedah / Perlis bhg Marketing
***Mula pngajian kitab dgn Maahad Tarbiyah Islamiah Derang brsma Tn Syeikh  Niamat Yusof,  Syeikh Fahmi
Zamzam,  Ust Abu Bakar Baghdad dan Syeikh M. Noeruddin Marbu Al Banjari AlMakki.
2001  -  Berhenti ASNB dan berpindah ke KL semula bersama HeiTech Padu Berhad Akaun Manager/Govt Sales, 
Mula balik pengajian di Pondok AlJendermi brsma Syeikh Hafiz Selamat.
2004  -  Mula buka Sykt Sendiri dlm bidang IT khusus Security.
2005 mula menjadi PA Syeikh M. Noeruddin Marbu Al Banjari Al Makki sehingga 2009 dan mula buka restoran  di Putrajaya sehingga 2011.
2011 swhingga skrg sepenuh masa sebagai mudir di Maahad Az Zein Al Makki di Kg Kubu Gajah,  Sg buloh,  selangor,  Pusat Penjagaan Anak-anak Yatim Tahfiz.

Tuesday, December 16, 2014

JOM SEDEKAH UNTUK MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI

InsyaALLAH  kpd sesiapa yg berhajat utk infak kpd maahad  atas nama   :
MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI Maybank no 562133501464

Maahad ini terletak di kampung kubu gajah sungai buluh

Bekas pelajar sek men syed alwi yang mengurus maahad ini

Persahabatan

7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :
.
1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.
.
2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.
.
3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin sbb faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.
.
4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin sbb faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.
.
5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.
.
6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)
.
Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."
.
7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.
.
Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)

Pesan dari shaari

kita ni semua dah lima puluhan, kalau boleh tu bukan setakat anak saja yg nak kita campurkan,  malahan dgn umur kita ni secara tak langsung kita dah ada ahli baru dlm keluarga,  cthnya dah ada menantu,  dah ada cucu dah ada bisan dan mcm-mcm lagi ahli keluarga baru kita,  bila ada kenduri kendara lebih seronok dan mesra, 

Ini kan pula jemaah yang tak berapa org ni nak kita kurangkan lagi ahlinya, rasanya mngkn kita boleh renung kembali.... Mudah2an ALLAH memberi petunjuk yg terbaik utk kita dlm membentuk Silatulrahmi yg barakah... maaf kalau teguran  Tok Wan tak berapa sedap didengar,  ini utk kebaikan anak cucu juga....

Tingkatan 4S2 Sek Men syed alwi 1980

Gambar kenangan kami pelajar 4s2 tahun 1980. Ada bersama gambar ini
Roslan hashim (arwah)
Zulkifli mustaffa (arwah)
Shaari
Alias
Sukri
Zul seman

Dan banyak lagi tak ingat

Tingkatan 1R sek men syed alwi

Gambar kenangan 1977 hingga 81

Tujuan jejak kayang

Di buat satu blog khas sebagai pangkalan data mengumpul maklumat bekas pelajar sek men (K) syed alwi.

Buat permulaan kita kumpul kawan kawan lama yang di kenali antara tahun 1977 hingga 1981

admin
Fauzi ahmad